06 May 2010

katakan 'awas' kepada dinding rumah

Tak sangka dinding rumah pon mampu mencederakan kulit. Lepas ni caloncalon engineer sila la fikirkan apa material sesuai untuk menggantikan batu bata. :) Siapa yang patut dipersalahkan? Dinding batu yang sudah pasti tidak bernyawa atau budak kecik yang terlalu hyper aktif? OKEY! Majoriti ahli rumah menyalahkan si budak kecik hyper aktif. Kakak kau ni tahu la yang kau selalu JUARA laga kepala dengan kami. Tapi kenapa la kau ni tibatiba meroyan pergi test kekuatan kepala kau dekat dinding? Rasakan ubat! 6kali jahitan, doktor bagi sebagai hadiah istimewa untuk kau sayang! adik..adik.. Kau ni memang tak sayang kepala betul.

si kecik hijau yang extra hyper :p

hasil kreatif dari ujikaji si kecik hijau :)

Ipan : Along nak tahu tak? Darah Ipan keluar macam air sirap yang belum dibancuh dengan air.

Aku : Ye ke? Sakit tak? (saje tanye dan meng- ia kan kata2 dia, padahal aku sendri ada kat situ masa dia cedera)

Ipan : Tak sakit pun. Ipan kan lelaki. Mesti la kuat.

Aku : Ye sayang kamo memang kuat. Tapi kamo kurang pandai.

Ipan : Eh! Ipan pandai la. Kan Ipan selalu dapat no 1 dalam kelas. Tadi doktor jahit kepala Ipan guna benang dan cangkuk pancing ikan.

Aku : Cangkuk? Mata kail la tu sayang. (padahal aku sendiri tak pasti pe nama alat tu). Ipan nangis tak masa kena jahit?

Ipan : Berapa kali Ipan nak cakap, Ipan kan lelaki. Lelaki mana boleh nangis. Nanti habis la girlpren Ipan lari.

Aku : Hahaha. Diana mana nak kat Ipan dah. Sebab kepala Ipan dah tobek. Rambut dah tak boleh buat style pacakpacak. Kurang handsome :p

Ipan : Alaaa along macam mana ni? Susah la hati Ipan macam ni. Along! Along! Along! Ipan dapat cuti 2 hari. Boley tinggal dengan along kat rumah. Nanti nak main game kat computer along ye. Eh along! cuti 2 hari sempat tak rambut Ipan nak tumbuh balik? 

Aku : Alamak!! huuuuuu~ (redha je la kene jaga budak hyper ni)



*teringat kes, yang aku secara tak sengaja pernah menyebabkan dahi seseorang luka,berdarah, terima 6kali jahitan dan berparut sampai sekarang. :'( i'm sorry dear.

4 org conteng di jamban:

ceksumolek's said...

uihh,, ganasnye adeik put.. dia sengaja g langgar dinding tu or terjatuh>? huhu~

a little less conversation said...

baru style kepala tobek..awek konpem makin ramai minat adik cik put..haha

Saya Adalah 'Cik Putet' said...

sue: entah la sue..budak hyper mmg mcm tuh..melompat2 macam katak..pening2..

Saya Adalah 'Cik Putet' said...

allc a.k.a rafi: hahaha..e2 pon kalau ada awek yang minat..ni pon diew dah gelisah..nak cari rambut palsu katanya..mcm2 la daktecit ni.. :)

Related Posts with Thumbnails