23 April 2010

berebet berebet

Yelah, meow aku kau nak kebas. Semua binatang yang lahir kat rumah aku, semua kau nak jadikan milik kau. HAMBIK la!!. Ada aku kisah? Jangan sampai coli aku kau nak kebas buat sepek mata snorkeling sudah la. Itu memang tak pasal2 kau makan ikot hidung nnt. Eh! kau nak khawin dengan binatang tuh pon aku tak hairan, just nanti aku pelik je la, sebab fikir kan macam mana muka anak kau nanti. Very the bulubulu. Seksis!! Waklu seksis ke, kalau 1 badan berbulu? Haa no kumen. Nanti kene saman. :p Asal dah montel dan sihat je, kau tetiba nak buat pengumuman 1 kampung yang meow tu milik kau. Meow tu pandai tau. Dia tau biskot mana sedap. Rumah kau apa ada. Ada ke bagi makan cacing kat meow. Okey!! Aku maafkan kau sebab aku tahu kau budak kecik yang berhingus, dan tak reti apa2 kalau aku buat muka monyet sekalipon kau takkan paham apa maksud tersurat dan tersirat. HAHAHA. Memang buang masa gaduh dengan budak kecik. Walaupon hakikat nya aku juara, tapi rakyat jelata tetap bela nasib si kecil. Menyampah!

Perot kau memag boyot Mista Pokpok. Mista Laclac diculik jiran,
jadi gambar nya tak sempat diambil.

Humaigod! Humaigod! Aku lupa yang aku ada sejenis lagi pets. Memang fanatik, fantastik, obses dan obesiti dengan dia. Yang paling penting, jimat bela pets nih. Dia tak makan, tak berak, tak menagis bila dicampak dan tak mati bila dioperate lalu biarkan perot nya terburai. Kejam!! Sejak umur 16 tahun aku bela pets ni. Dulu time aku bela dia, ramai yang kutuk. Cakap aku tak ada citarasa yang bagus. Deey aci, aku bela pets la, bukan pilih calon suami! Aiyoo! Cakap pets aku huduh, gemok, moncit dan pendek. Tapi tengok la sekarang. Semua orang nak bela. Asal aku bela, kau nak bela. Sama la perangai dengan budak kecik tu. Cait! Poooorah! Nak buat macam mana, ni bukan negara tukul besi. So semua kene kongsi. Sampai kan kongsi suami pon boleh. :p Ehem!Ehem! Memang kalu ikut perasaan nak saja rampas semua pets kau. Sibuk saja ada pets sama. Tapi bila fikir2 balik, kau memang ada hak. Sebab itu duit kau. Suka hati kau la nak beli pets jenis apa pon. Yelah! Yelah! aku belajar terima kenyataan. Walaupon dihati selalu ada pemberontakan.

Yup!Yup! Kau totally omel sangat!
Ada lagi rakan taulan dia, tapi tak sempat nak snap, banyak sangat.

2 org conteng di jamban:

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

pminat katak upenye.. hikhik..

akusipenuliscerita said...

opcos.. <3<3<3

Related Posts with Thumbnails