24 April 2010

operator telefon

Nak request! Aku nak letak public phone dalam rumah. Tak mau pakai telefon rumah kaler merah ni lagi. Senget! Geram je. Tak henti2 berdering. Dalam sehari mesti berbunyi. Selepas aku buat bancian deringan, kesimpulan yang dapat diambil adalah 30 kali deringan dalam masa sehari. What the frog! Kau ingat aku operator telefon nak hadap bentuk telefon merah yang tak menarik tu untuk 24jam? Mati katak aku dekat situ nanti. Lain la kalau telefon rumah tu menarik, bentuk katak yang ada mata besar dan berboyot diperot. If ada terjumpa, kau orang inform aku OKEY!!. Kalau call rumah, then nak berborak, bergosip, bersukan, berdansa dengan aku kat 'ganggang' telefon tu tak pe la jugak. Nih asal call je nak cakap dengan Incik Mutusamy, Incik Pua Chu Kang, Macik Zabedah, Incik Maybank, Incik Hong Leong bank, dan Incik Bankcroup bank. Ape kes kau orang ni? Dail nombor guna lidah ke? Atau guna rambut? Kalau sekali dua tak pe la. Ni dah sampai berkali2. Habis hari2 indah aku just kerana berjogging dalam rumah untuk jd operator telefon tanpa gaji.

*Mem Besar, anak mu nak public phone. Jimat dan boleh menabung. Sila pertimbangkan permintaan ini. Terima Kasih. :p

2 org conteng di jamban:

ceksumolek's said...

jgn lupe suro org tu pasang dekat umah sue skali.. ^____^

Saya Adalah 'Cik Putet' said...

sue nak public phone gak ke?
hakhak

Related Posts with Thumbnails