22 April 2010

rutin kegemaran

Azan berkumandang!!! Pukul 5.30 am. Aku orang pertama celik mata. Turun dari katil. Senaman sikit. Buat lompat tahi bintang. Lari setempat. Then terjun atas katil dan tidur semula. Yup! aku memang bersemangat luar biasa. Pekara biasa, 'speaker' surau tu memang sangat kuat. Sebab surau depan rumah je. Lompat pagar je dah boley masuk kolah empat segi tu.

Awimawek Awimawek Awimawek!! Okey itu bunyi alarm handphone aku. Macam extreme gila bunyi dia. Takkan silence selagi aku tak campak handphone tu kat dinding dan bercerai. Biasa memeranjat kan seisi keluarga pukul 6 pagi. Tersangat sangatlah awal. Tapi aku, anak yang solehah, macam biasa selalu bersemangat bangun awal untuk kali yang kedua, gerak adik2 pergi sekolah. Haaaa! Aku tipu lagi. HAHAHA.

Padahal aku yang bangun last sekali. Selagi tak pukul 6.45 am selagi tu aku berlingkar atas tilam dengan gaya seksis. Bangun2 teros ke toilet then solat subuh (kalau green light). Then siapkan breakfast untukk Cik Bootbut, Cik Debdeb and Ipan Tamtam sebelum mereka ke sekolah. Mati aku kena saman dengan diorang kalau tak ada makanan atas meja. Dasar pemalas nak buat breakfast sendiri. Mem Besar and Pacik Megat siap sedia nak pergi kerja. Kalau pagi2 satu rumah tak berdebu dengan asap perfume tak sah. Rasa nak tinggal dalam peti ais je lepas ni.

Mem Besar macam biasa, celik je mata dia akan jadi DJ radio terkemuka tanpa gaji. Dan kami seisi keluarga akan jadi pendengar yang setia. Boley dikatakan sampai cair tahi telinga aku dibuat nya. HAHAHA. Pukul 7.00 am rumah sunyi seketika sebelum aku buka kelab disco. Dan masa tu, even apek jual ikan dengar lagu disco dari rumah aku pon, dia mampu berdansa tarian 'tunjuk langit' di jalanan.

Pukul 7.30am Mista Laclac dan Pokpok akan mengiau merdu di luar rumah untuk menuntut biskut kegemaran. 8.00 - 10.00am aktiviti sukarela membersihkan rumah yang sentiasa bersih. Jadi aku hanya pegang penyapu dan berdiri tegak untuk 2jam dan kemudian letak semula penyapu ditempatnya. Dan bila Mem Besar soal, dengan bertenaga aku akan jawab dah kemas rumah. Memang anak solehah!! 10.00 - 2.00pm aku akan jalankan aktiviti driver terhormat. Pungut adik2 balik sekolah dan hantar ke sekolah agama. Balik rumah ambil order dari Cik Bootbut dan mula jadi tukang masak didapur dengan akur.

3.00 - 5.00pm akan hadap 'mukabuku' di dessy tercinta sambil lipat kain beraga2. Sempat juga menonton tv disebalik juraian2 langsir dipintu bilik. Haish! nak nunton tv pon terhendap2 macam tengah skodeng abang handsome mandi. Auuuw!! :p 6.30pm bersedia di depan pintu jadi penyambut tetamu sebab Mem Besar dan seangkatan dengan nya sudah pulang dari kerja dan sekolah. 7.30 - 8.30pm solat berjemaah beramai2, diantara waktu itu Cik Bootbut pulak akan jadi tukang panaskan laukpauk didapur. Dan seperti biasa Cik Debdeb akan jadi orang pertama melantak makanan.

9.00 - 10.30pm Aku jadi Mandor sambil arahkan adik2 buat score A. Dunia dah maju. Sekarang belajar pun pakai internet. Dulu pakai kertas kuning je. Ini tak adil! Kadang2 aku pon jawab sekali. Soalan kacang beb. Masa ni la nak tunjuk pandai dekat adik2. Tambah berlagak bila ada sorakan suara ' WOW! pandai nya kau along'. Padahal masa kecik dulu, lembab tahap sipot sedut. 11.00pm waktu untuk zzZZZzzzzz..krooooh.krooooh.zzzzZZZZZzzz. Ni la rutin harian dirumah sejak tidak lagi bergelar student college. Memang sangat bermanfaat! HUH! Rasa nak gali dan selam saja kepala dalam tanah. Ehh! Dengan semangat berombak di dada, aku memang tak sabar nak study semula!! Sila la jemput aku ke IPTA dengan kadar segera. Aku rindu nak pakai sepek mata berbingkai besar sambil bawa buku 10 buah ditangan. IMY <3

*OPPSS!! Jangan tanya kenapa tak ada coretan masa aku bersiram dan bermake over :p

6 org conteng di jamban:

Anonymous said...

hahahaha~ pegang penyapu sampai 2 jam.... tuh memang terbaik tuh.... hakhakhak~ mesti ko pegang penyapu sambil buat gaya2 ekrobatik tersendiri...

Saya Adalah 'Cik Putet' said...

hahaha..
try ko teka..
kalo selama 2 jam tuh aku bediri tegak,
brape buah lagu negaraku dapat aku nyanyi?
wakakaka~
:p

ceksumolek's said...

lengkap aktiviti seharian die..

Cheno Zainordin said...

put,gudluck utk further ipta :D

Saya Adalah 'Cik Putet' said...

to sue:
hahaha tau xpe sue..tgk la betapa busan dok rumah..nnt ada keje kosong kat opis sue after 3years call me okek.. :p

Saya Adalah 'Cik Putet' said...

to cheno:
thanx..doa2kan la aku dpt msuk.. :)

Related Posts with Thumbnails