21 April 2010

kereta ponponpon

Betul ke dari kecik hingga tua, kereta adalah kenderaan yang susah diceraikan dari tuannya? Hurm. Maybe la kot. Macam aku sekarang ni. Asyik berkepit je dengan kereta omel cinonet aku. Aku pakai kereta kecik je. Beli Rm10 dapat 3 biji. Satu letak kat kaki kiri, satu letak kat kaki kanan dan lagi satu letak atas kepala. Pastu ronda2 satu kampung dengan perasaan bangga. Kau ada ke? Mesti x berani nak buat kan? HAHAHA. Jujur aku tipu lagi. :p Yupyup aku setuju, memang dari kecik cinonet hingga tapak kaki besar gajah, kereta memang sentiasa digunakan. Kau tak percaya? Okey ni buktinya.

Peringkat 1st (4 month - 9 month)
Baby Walker. Dulu aku nya kaler biru pastu ada bunga2 kaler pink. Omey nye :) Tapi sekarang dah jadi tempat pembakar lemang kot. Tak tahu kemana campak nye.

Peringkat 2nd (9 month - 3 years)
Kereta sorong eh tolak (stroller). Macam bentuk stroller sekarang nih. Ada yang bumbung dia boleh bukak macam sport car. Pergh jangan nanti ada gear, brek, minyak and clash dah la. Nanti kecik2 dah pndai drift. Mati terkangkang ibubapa kau tengok kalau anak2 jadi begini.

Peringkat 3rd (3 years - 7 years)
Kereta mainan yang Rm10 dapat 3 biji tu. Banyak owh koleksi aku. Sampai sekarang wujud lagi dalam kotak magik aku. Tapi biasa la, bila dah jadi harta pusaka, mesti kena diturun temurunkan pada my brotha. Habis jahanam kereta mainan aku. Cess!

Peringkat 4th (7 years - 12 years)
Kereta control yang cikai2 nya. Budak bawah umur mana boleh pakai yang branded nya barang. Sekali tolak, tayar tercabut. 2 kali tolak empat2 tayar tercabut. 3 kali tolak, dah boleh siap2 ambil plastik beg, untuk bungkus kereta mainan dan campak dalam tong sampah. Next pasar malam, mula plan nak beli kereta mainan baru.

Peringkat 5th (12 years - 19 years)
Kereta control berjenama. Pergh! berlagak siot. Bila main dengan kawan2, pakai lenyek je kereta control member sebelah. Pastu gelak macam general syaitan. Cess! memang terpuji betol sikap masa tu. Sampai menagis tak berlagu member sebelah kutip serpihan skru kereta control cikai nya. Ish3~

Peringkat 6th (19 years - 50 years)
Yes! time nih lesen memandu dah dapat. Tunggu apa lagi. Order kereta kat ibubapa. Kereta sport, MPV, SUV dan kereta kebal. Ibubapa kan cop duit. Siapa lagi nak habiskan duit ibubapa kalo bukan anak2. Ingat ibubapa bayar pakai bulu ketiak? . Opsss aku tidak tergolong dalam golongan ni.

Peringkat 7th (50 years and above)
Time nih usah nak berangan bawak kereta sport lagi. Time ni duduk diam2 atas wheelchair okey. Tak payah susah nak tekan pedal minyak. Tunggu je orang tolak. Sendiri tolak guna tangan pon boleh.

Peringkat Terakhir
Kali ini memang tak mampu nak bawa kereta sendiri walaupon kau ada lesen kapal selam sekalipun. Sebelagak2, sekaya2, setinggi2, sedatuk2 atau senenek2 sekalipun, memang tak mampu nak drive seorang. Tapi kau seorang boleh jadi penumpang nya dan paling untung kau ada ramai driver. Haa mula la tu kau nak EKSYEN! Hello, kali ni kau naik kereta mayat atau jenazah bukan lagi sport car. Dan paling penting kau akan disoal dalam kubur.

4 org conteng di jamban:

lyd said...

nama kete ko pon2 ke..nama keta aku lak pom2...ahhaha...

akusipenuliscerita said...

hakhak..
bukan la..
nama kete aku citnonet..
saje letak mcm tuh..
sbb hon diew bunyi omey mcm tuh..
:p

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

hahaa.. dari kecik upenye kite dah pakai kete.. xperasan langsung.. :)

akusipenuliscerita said...

wakaka..
tau xpe..
put pon br sedar.. :p

Related Posts with Thumbnails